Oleh Haziman Yussop
Kill la Kill yang juga dinamakan sebagai Kiu Ra Kiru dalam Bahasa Jepun merupakan sebuah cerita anime Jepun yang diterbitkan dalam rancangan bersiri di televisyen pada tahun 2012.
Cerita ini mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah yang hidup secara bersendirian bernama Ryuko Matoi.
Tumpuan utamanya adalah untuk mencari siapa yang membunuh bapanya. Hal itu telah menimbulkan konflik dengan Satsuki Kiryuin, iaitu salah seorang pelajar cekap dan seorang presiden bagi majlis pelajar di Akademi Honnouji dan fesyen empire ibunya.
Siri televisyen yang telah diterbitkan oleh Trigger merupakan projek televisyen anime asli yang pertama. Projek itu diarahkan oleh Hiroyuki Imaishi dan ditulis oleh Kazuki Nakashima.
Kedua-duanya pernah bekerjasama dalam Gurren Lagann. Ia telah disiarkan di Jepun di antara 4 Oktober dan 28 Mac 2014.



Amiples of America telah membenarkan anime untuk stimulasi dengan pelancaran video di rumah bermula bulan Julai 2014.
Tayangan perdana siri itu bersiaran di Adult Swims Toonami pada 8 Febuari 2015. Manga ini diadaptasikan oleh Ryo Akizuki di Kadokawa Shotens iaitu majalah Young Ace pada 4 Oktober 2013.
Anime ini telah dijadikan sebagai permainan video untuk playstation 4, Nintendo yang baru sahaja dikeluarkan dalam bulan Julai 2019 ini. Permainan video ini telah mengikut jalan cerita berdasarkan animenya. Permainan ini adalah berkonsep aksi dan kronologi.
Jalan cerita
Akademi Honnouji merupakan sekolah akademi fiksyen yang terletak di Tokyo Bay, Jepun, di kepulauan bandar Honno.
Sekolah itu dikuasai oleh kumpulan majlis pelajar yang menakutkan dipimpin oleh presiden mereka, Satsuki Kiryui.
Pakaian uniform mereka yang dikenali sebagai Goku akan memberikan mereka kuasa yang luar biasa bagi sesiapa sahaja yang memakainya kerana ia telah dibuat dengan bahan-bahan yang istimewa iaitu Fiber Life, iaitu dalam Bahasa Jepun ialah Seimei Sen’i.
Pelajar yang baru sahaja berpindah sekolah, Ryuko Matoi yang memakai pedang panjang berbentuk seperti gunting boleh memotong seragam Goku tersebut. Beliau telah mencabar majlis pelajar itu ketika beliau sedang mencari siapakah pembunuh ayahnya. Walaupun beliau telah dikalahkan dengan mudah oleh Takaharu Fukuroda, Ryuko telah menjumpai uniform kelasi yang dinamakannya sebagai Senketsu.
Kamui, pelindung bajunya yang diperbuat daripada Fiber Life secara keseluruhan boleh menukarnya menjadi kuat.
Dengan adanya pelindung baju itu, kekuatannya akan bertambah dan beliau akan mencabar Kiryuin dan semua misi-misi serta halangan yang diberikan. Beliau telah berjumpa dengan rakan baharu, pelajar yang sangat aktif bernama Mako Mankanshoku. Ryuko akhirnya tinggal bersama Mako dengan keluarganya.
Apabila Satsuki telah menyusun semula baki-baki baju uniform Goku ketika battle royal dan king of the hill yang dikenali sebagai pilihan raya semula jadi. Ryuko menghadapi ahli-ahli empat orang elit daripada kumpulan Satsuki yang memakai uniform Goku yang sangat kuat dengan kekuatan tiga bintang. Ryuku melawannya seorang demi seorang dan perlawanan terakhir telah dicelah oleh Nui Harime, salah seorang jurubina Pedang Gunting dan pembunuh bapa kepada Ryuko. Ketika dalam pertempuran itu, Ryuko menjadi seekor raksasa yang tidak dapat dikawal.
Dengan serangan yang kuat daripada Sekolah Tri-City, Satsuki telah menakluk beberapa sekolah-sekolah utama di kawasan Jepun dan menghancurkan pantai Nudist, sebuah organisasi paramiliter yang dipimpin oleh guru rumah Ryuko iaitu Aikuro Mikisugi. Aikuro telah menjalinkan kerjasama dengan Ribokkusu Koporeshon, sebuah kilang pengeluaran pakaian yang menguasai pasaran dunia.
Perkembangan
Perkembangan projek televisyen anime, yang diarahkan oleh Hiroyuki Imaishi di studio animasinya, Trigger, pertama kali ditayangkan dalam edisi Mac 2013 terbitan majalah Newtype Kadokawa Shoten yang dikeluarkan pada 7 Februari 2013. Kill la Kill telah diumumkan secara rasmi pada 8 Mei 2013, dengan skrip yang ditulis oleh Kazuki Nakashima dan rekaan watak oleh Sushio.
Menurut pengarah Imaishi, banyak plot berdasarkan pemerhatiannya bahawa cara Jepun menyebut fascio hampir sama dengan perkataan fesyen. Dalam pemerhatiannya juga bahawa sebutan seragam sekolah dalam Bahasa Jepun iaitu seifuku dan perkataan penaklukan iaitu seifuku adalah sama, dan kiru tituler bermaksud membunuh atau memotong.
Satu penyesuaian permainan video bertajuk Kill la Kill the Game: IF telah diumumkan di Ekspo Anime antara 5 hingga 8 Julai 2018. Permainan ini diterbitkan oleh Arc System Works dan dibangunkan oleh A Games, yang menerbitkan Little Witch Academia: Chamber of Time, juga berdasarkan anime lain oleh Trigger. Ia dikeluarkan untuk PlayStation 4, Nintendo Switch, dan komputer di Jepun pada bulan Julai, 2019 dan di Amerika Utara dan Eropah pada keesokan harinya. Di Eropah, permainan itu akan diterbitkan oleh PQube. Permainan video Kill la Kill: IF juga menawarkan Bahasa Inggeris.