Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cabul adik ipar, bekas anggota beruniform dipenjara

    Oleh Fadley Faisal – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Pesuruhjaya Kehakiman Muhammed Faisal bin Pehin Datu Juragan Laila Diraja Kolonel (B) Dato Seri Pahlawan Haji Kefli telah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan tiga sebatan terhadap bekas anggota beruniform berusia 36 tahun kerana mencabul seorang kanak-kanak bawah umur.

    Pendakwa Raya Hajah Atiyyah binti Haji Abas semasa membentangkan kes berkenaan menyatakan defendan merupakan anggota beruniform ketika kejadian pada Januari 2023.

    Kejadian itu berlaku di sebuah rumah keluarga di Temburong yang dilakukan terhadap adik ipar perempuan defendan berusia 15 tahun.

    Menurut pendakwaan, pada Januari 2023, mangsa sedang duduk di sofa apabila defendan memasuki ruang tamu dan duduk di sebelahnya.

    Dia kemudian meletakkan tangannya di bahu mangsa dan melihat mangsa sedang melukis gambar kartun yang tidak sopan.

    Defendan kemudian mengarahkannya untuk memadamnya dan pada waktu yang sama, defendan mencabulnya.

    Defendan kemudian bangun dari sofa dan pergi ke dapur.

    Tidak lama kemudian defendan kembali dan sekali lagi duduk di sebelah mangsa di sofa.

    Apabila dia melihat kartun itu sudah dipadamkan, dia mencucuk pinggang dan dada mangsa menggunakan jarinya dan memberi amaran kepadanya supaya tidak melakukannya lagi.

    Mangsa berang dengan defendan tetapi dia mengugut untuk memberitahu kakaknya mengenai imej kartun itu dan mangsa terus mendiamkan diri.

    Ini mendorong mangsa meluahkan insiden itu kepada anak saudara perempuannya dan memberitahu untuk menyelamatkannya. Anak saudara mangsa kemudian memberitahu salah seorang guru di sekolahnya.

    Perkara itu kemudian dilaporkan kepada polis dan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Defendan telah ditangkap pada 25 Februari 2023, dan semasa siasatan, dia mengakui perbuatannya. Mahkamah turut maklum defendan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

    Gambar Generic
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda