Monday, January 6, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cabul: Lelaki dipenjara lapan tahun

    Oleh Fadley Faisal

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 DIS – Mahkamah Perantaraan kelmarin, telah menjatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun terhadap seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun yang mengaku bersalah ke atas empat dakwaan mencabul kehormatan anak saudaranya yang muda.

    Hakim Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar mengecam tindakan defendan selepas mengambil kira penganiayaan seksual yang berterusan dan trauma yang disebabkannya terhadap mangsa.

    Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Fitri Kiprawi mendedahkan di mahkamah bahawa lelaki berkenaan, yang identitinya dirahsiakan untuk melindungi mangsa, telah diberikan kepercayaan untuk menjaga anak saudara perempuan isterinya, yang merupakan mangsa, dan adik beradiknya sementara ibu bapa mereka bekerja.

    Mangsa dan adik-beradiknya sangat mempercayainya, malah menggelarnya ‘daddy’.

    Pihak pendakwaannya selanjutnya mendedahkan bahawa defendan melakukan kesalahan itu di bilik tamu sebuah rumah pada waktu malam 11 April 2021 ketika mangsa berusia lapan tahun.

    Pada 22 Jun 2021 di bilik tamu sama, defendan sekali lagi mencabul mangsa pada ulang tahunnya yang ke-9, selepas mangsa ‘pulang’ kepadanya selepas majlis makan malam ulang tahun.

    Pada September, defendan sekali lagi mencabul mangsa pada usia 10 tahun di bilik tidur anak perempuan defendan.

    Lelaki itu juga mencabul mangsa di bilik tamu rumah berkenaan antara 1 dan 14 November.

    Hakim Mahkamah Perantaraan Pengiran Mansi binti Pengiran Haji Bahar seterusnya mendengar bahawa tindakan defendan terbongkar apabila mangsa memberitahu neneknya pada 23 November bahawa dia tidak mahu lagi dihantar ke rumah defendan kerana defendan telah mengganggunya setiap kali dia dihantar ke sana.

    Ini membawa kepada ibu bapa mangsa dimaklumkan, yang kemudiannya membuat laporan polis pada hari berikutnya dan defendan diberkas pada 28 November.

    Defendan mengakui perbuatannya kepada polis dan dia melakukannya kerana nafsu.

    Hakim Pengiran Masni juga mengarahkan supaya hukuman sebat mandatori tidak diberikan kerana defendan berusia lebih 50 tahun.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda