Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cabul: Warga asing meringkuk di penjara

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 DIS – Seorang lelaki warga Bangladesh dijatuhi hukuman penjara lapan bulan dengan satu kali sebatan oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas dia mengaku bersalah mencabul kehormatan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.

    Asaduzzaman Chowdhury, didakwa telah mengangkat anak perempuan majikannya yang di bawah umur dari belakang dan meletakkannya di atas riba sambil memeluknya dari belakang dan menyentuh bahagian alat sulit mangsa.

    Fakta kes Timbalan Pendakwa Raya Rozaimah Abdul Rahman mendedahkan lagi, kejadian itu berlaku pada pagi 12 Disember di rumah keluarga mangsa.

    Kejadian terbongkar apabila mangsa memberitahu ibunya apa yang berlaku, ketika dia pulang dari kerja.

    Ini membawa kepada laporan polis dibuat dan defendan ditangkap. Kes dikendalikan oleh Majistret Kanan Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman.

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda