Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MAC – Dengan berakhirnya kempen Rush to Digital World 2 yang berjalan dari September 2020 hingga hari ini, Digital World Enterprise akan mengadakan cabutan utama pada hujung minggu ini di bilik pamerannya di Gadong.
Diadakan dengan kerjasama NBT Brunei, cabutan berkenaan akan menyaksikan pelanggan bertuah membawa pulang pelbagai hadiah menarik dan di samping sebuah kereta Toyota Rush sebagai hadiah utama.
Kempen berkenaan dibukakan kepada pelanggan yang berbelanja di Digital World Enterprise dengan 10 pelanggan bertuah memenangi hadiah menarik setiap bulan. Manakala itu, seorang daripada 70 peserta cabutan utama berkenaan akan memandu pulang kereta Toyota Rush.
Dijangka hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengarah Urusan NBT, Haji Ahmad Omar bin Haji Husin.