Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cacar monyet: Media dakwa pentadbiran Biden tidak tegas

    LOS ANGELES, 16 OGOS – Kes cacar monyet di Amerika Syarikat (AS) terus meningkat dengan pantas apabila merekodkan lebih 11,000 kes. Media dan pakar menyalahkan kelemahan pentadbiran Presiden AS, Joe Biden dalam membendung wabak itu.

    Menurut data terkini Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, sebanyak 11,177 kes cacar monyet telah dilaporkan di seluruh negara setakat Jumaat, lapor Xinhua.

    New York mencatatkan jangkitan tertinggi dengan 2,295 kes, diikuti oleh California dengan 1,945 kes dan Florida dengan 1,085 kes.

    Setakat ini, AS mencatatkan jumlah kes cacar monyet tertinggi di dunia.

    Kelemahan itu termasuk dalam pelaksanaan protokol ujian awal, pengedaran vaksin yang perlahan, kekurangan pembiayaan persekutuan untuk membantu kerajaan negeri dan tempatan bertindak balas terhadap wabak itu, dan komunikasi yang tidak teratur dengan komuniti yang paling terjejas oleh virus itu, kata laporan itu.

    Pakar epidemiologi, pegawai kesihatan awam dan doktor memberi amaran bahawa kerajaan AS kesuntukan masa untuk menghentikan virus daripada merebak dalam kalangan penduduk AS.

    Hanya selepas tiga bulan wabak cacar monyet dikesan di AS, kerajaan persekutuan akhirnya mengisytiharkan wabak itu sebagai kecemasan kesihatan pada 4 Ogos. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda