Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

Cacing berbentuk kepala tukul di Johor

KEWUJUDAN makhluk-makhluk misteri sememangnya ada di dunia ini cuma ianya tersembunyi daripada penglihatan manusia menjadikan ianya sangat misteri.

Terdahulu, laman Era Baru pernah menyiarkan satu artikel mengenai penemuan makhluk misteri yang wujud di laut dalam. Kali ini, satu lagi makhluk di muka bumi yang kelihatan sangat misteri telah dijumpai di Johor!

Danish Ho bersama keluarganya sedang menjalani aktiviti mendaki sehingga mereka tiba-tiba terlihat satu haiwan yang sangat aneh bentuknya. Ianya begitu aneh dan tidak pernah ditemui oleh beliau mahupun ahli keluarganya sebelum ini menyebabkan dia bertindak memuatnaik satu video pendek yang memaparkan aksi makhluk misteri itu ke laman Facebook.

Dengan kapsyen, ‘Ular jenis apa ini?’, video tersebut telah meraih hampir 13 juta kali tontonan dan 100,000 perkongsian.

Bukan sahaja itu, terdapat juga netizen yang meluahkan pendapat mereka tentang makhluk tersebut. Ada yang cuba meneka jenis makhluk tersebut malah ada juga yang begitu geli melihatnya.

Spesies cacing yang aneh ini atau nama saintifiknya, Bipalium atau broadhead planarian merupakan spesies yang hidup di beberapa kawasan sekitar Asia dan juga Australia.
Spesies cacing yang aneh ini atau nama saintifiknya, Bipalium atau broadhead planarian merupakan spesies yang hidup di beberapa kawasan sekitar Asia dan juga Australia.
Cacing ini juga dikatakan boleh membesar sehingga setengah meter panjang.
Cacing ini juga dikatakan boleh membesar sehingga setengah meter panjang.

Spesies cacing yang aneh ini atau nama saintifiknya, Bipalium atau broadhead planarian merupakan spesies yang hidup di beberapa kawasan sekitar Asia dan juga Australia. Cacing ini juga dikatakan boleh membesar sehingga setengah meter panjang!

Satu lagi fakta menarik adalah, ini bukanlah kali pertama cacing spesies ini ditemui di Malaysia. Cumanya, tidak ramai manusia yang pernah terserempak dengan cacing jenis ini memandangkan ianya tinggal di kawasan yang gelap, sejuk dan lembap seperti di kawasan hutan hujan tropika. Sememangnya haiwan yang sangat pelik!

Cacing yang berbentuk kepala tukul ini dikatakan tidak mempunyai tulang dan tengkorak, tiada sistem pernafasan, tiada sistem peredaran darah tetapi mempunyai mulut yang juga berfungsi sebagai dubur.

Ketika menikmati hidangannya, cacing Hammerhead ini akan memecahkan mangsanya kepada beberapa bahagian kecil, mencernakannya hingga menjadi enzim sebelum memakan kesemuanya. Kemudian, ia akan menjalankan proses perkumuhan dan mengeluarkan bahan buangan daripada sistem badannya melalui mulut.

Menggelikan? Bukan itu sahaja, cacing Hammerhead ini juga mampu menjana semula pertumbuhan badannya tidak kira betapa banyak anda mencincang dan cuba memutuskan cacing ini. Ianya akan tumbuh semula menjadi cacing Hammerhead yang asal. Seram!

Salah satu berita baiknya adalah, cacing ini tidak membawa sebarang kemudaratan ataupun bahaya kepada manusia dan juga haiwan besar lain selain cacing tanah. Hal ini kerana cacing tanah merupakan makanan kegemaran cacing Headworm. Sememangnya satu penemuan yang mendebarkan!

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -