KUCHING, 3 SEPT – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mencadangkan hukuman setimpal dikenakan terhadap pendera di bawah Rang Undang-Undang Suruhanjaya Kanak-Kanak Malaysia yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat Oktober ini.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam menjaga kepentingan kanak-kanak, beliau berkata pelaksanaan rang undang-undang berkenaan perlu efektif dan selaras dengan Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan) 2016.
“Kita mahu mereka (pendera) diberi hukuman yang berat sekali walaupun (pelaksanaan undang-undang itu) bukan di bawah kami, tetapi kami memberi cadangan kepada pihak yang berkenaan serta pentingnya ada persefahaman antara kementerian saya dengan suruhanjaya itu supaya tidak bertindih,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Jelajah Kasih Keluarga Segulai Sejalai di sini hari ini. – Bernama
