Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cadangan guna pasport imuniti COVID-19 diperdebatkan

    WASHINGTON, 29 APRIL – Kerajaan dan organisasi di seluruh dunia sedang menimbangkan penggunaan ‘pasport imuniti’ yang menjadi perdebatan hangat ketika ini, bertujuan melonggarkan perintah berkurung dan kawalan pergerakan akibat pandemik COVID-19.

    Dokumen berkenaan boleh mengenal pasti individu yang mempunyai antibodi dan mengurangkan risiko penyebaran virus, sekali gus membantu mereka meneruskan aktiviti dan kembali bekerja.

    Pihak berkuasa kesihatan global dan pakar bagaimanapun memberi amaran, dan meraih perhatian berhubung ketepatan ujian antibodi, selain kebimbangan mengenai privasi serta kemungkinan ia akan di-salah gunakan.

    Penyokong idea itu berkata individu yang layak memperoleh pasport berkenaan boleh menerima sijil elektronik yang dipaparkan seperti pas masuk telefon pintar atau di atas kertas.

    “Jika situasi ini berterusan selama enam bulan atau sembilan bulan, atau terdapat gelombang kedua, anda boleh rumuskan bahawa orang ramai mahu meninggalkan kediaman masing-masing,” kata Ketua Eksekutif syarikat identiti digital Onfido, Husayn Kassai.

    “Perlu ada satu mekanisme khusus dalam mengesahkan antibodi seseorang individu. Pasport imuniti ini jika berkesan sepenuhnya, akan membantu orang ramai lebih patuh peraturan untuk duduk di rumah.”

    Onfido yang berbincang bersama kerajaan Britain dan pihak berkuasa lain berkata, imuniti itu akan ditentukan berpandukan kit ujian sendiri yang sama seperti kit ujian kehamilan dan disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan.

    Ia akan memancarkan warna hijau untuk mereka yang mempunyai antibodi sepenuhnya, kuning jingga untuk separuh antibodi dan merah untuk golongan berisiko tinggi.

    Menurut Kassai, keputusan berkenaan boleh diubah suai kepada bentuk pangkalan data jika diperlukan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda