Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Cadangan jejambat baharu di Jalan Binglu

    Saya salah seorang penduduk yang tinggal di kawasan Meragang ingin berkongsi satu cadangan mengenai Lebuhraya Muara-Tutong yang kami sentiasa gunakan untuk perjalanan harian.

    Buat masa ini, kami yang tinggal di Meragang telah menggunakan satu-satunya laluan pulang yang paling dekat dan sesuai adalah dengan menggunakan jejambat (flyover) berdekatan Pusat Tingkatan Enam Meragang.

    Walaupun laluan ini masih berfungsi dengan baik, ia kadangkala menyukarkan ramai pengguna dari arah Berakas ke Muara yang ingin ke Meragang kerana terpaksa membuat pusingan jauh melalui jejambat tersebut.

    Perjalanan ke jejambat tersebut sebenarnya lebih jauh, memakan masa yang panjang serta melibatkan penggunaan bahan api yang banyak.

    Apa yang lebih menarik perhatian saya ialah jarak antara Meragang dan kawasan Lambak Kanan sebenarnya tidak begitu jauh jika melalui Jalan Binglu.

    Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar satu jejambat baharu dibina di Jalan Binglu.

    Cadangan ini, pada pandangan saya, mampu memberikan laluan alternatif yang lebih efisien, sekaligus mengurangkan kesesakan trafik dan menjimatkan masa perjalanan serta jimat kos bahan api.

    Saya berharap pihak yang berkenaan dapat mempertimbangkan dan meneliti cadangan ini secara serius demi manfaat bersama, khususnya kepada komuniti yang tinggal di kawasan Muara dan sekitarnya.

    Pemandu Kereta

    Gambar Google map

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...