Monday, November 25, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Cadangan pelabuhan bersepadu belum diputuskan’

    LABUAN, 27 SEPT – Kementerian Pengangkutan (MOT) belum mencapai sebarang keputusan berhubung cadangan pembinaan Pelabuhan Bersepadu Labuan bagi menggantikan Labuan Liberty Wharf yang telah berusia lebih 50 tahun.

    Timbalan Menterinya, Datuk Hasbi Habibollah, berkata sebarang perbincangan mengenai projek itu hanya boleh dimulakan selepas penilaian dan perancangan utama dimuktamadkan.

    “Ketika ini kementerian tidak boleh memberikan butiran mengenai cadangan Pelabuhan Bersepadu Labuan di Kawasan Perindustrian Rancha-Rancha itu kerana pelan induk pelabuhan Labuan belum disiapkan, Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) juga belum dilaksanakan dan hala tuju keseluruhan masih tidak pasti,” katanya dalam sidang media selepas lawatan ke Megah Port Management Sdn Bhd di Labuan Liberty Wharf.

    Beliau menekankan bahawa kajian kebolehlaksanaan mesti dilaksanakan sebelum sebarang keputusan konkrit dibuat, sambil menyatakan Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA) akan memainkan peranan penting dalam proses itu.

    Hasbi berkata MOT juga sedang mempertimbangkan Pelan Pembangunan Labuan 2030 yang memperuntukkan kira-kira 80.9 hektar tanah untuk pelabuhan. – Bernama

    Gambar bertarikh 27 September menunjukkan MOT masih belum mencapai keputusan berhubung cadangan Pelabuhan Bersepadu Labuan, bertujuan menggantikan Dermaga Liberty Labuan yang berusia lebih 50 tahun. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda