WASHINGTON, 11 Julai – Sekurang-kurangnya 80 orang ditahan di hadapan bangunan Kongres Amerika Syarikat (AS), ketika menyuarakan bantahan terhadap usaha kerajaan menangguhkan rang undang-undang penjagaan kesihatan.
Kumpulan Senat berdepan tekanan untuk menggubal peraturan yang membenarkan pemansuhan dan penggantian undang-undang penjagaan kesihatan Presiden Barack Obama atau ‘Obamacare’.
Penunjuk perasaan berlegar di sekurang-kurangnya di 13 kawasan berasingan di bangunan kompleks Capitol yang menempatkan pejabat penggubal undang-undang dan kakitangan mereka.
Polis Capitol dalam satu kenyataan berkata, 32 lelaki dan 48 wanita ditahan kerana menyertai demonstrasi yang menyalahi undang-undang.
Presiden AS, Donald Trump, terus menekan ahli Kongres Republikan, menggesa mereka meluluskan pindaan penjagaan kesihatan sebelum tempoh rehat Kongres menjelang Ogos.
Trump memansuh dan menggantikan Rang Undang-Undang Penjagaan Kesihatan ditandatangani Obama pada 2010, iaitu Akta Penjagaan Mampu (ACA) sebagai keutamaan pentadbirannya. – AFP