Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cadangan perkasa kawalan keselamatan di Sabah

    KUALA LUMPUR, 1 NOV – Penam-bahan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kudat dan Keningau merupakan antara cadangan bagi memperkasa kawalan keselamatan di Sabah.

    Timbalan Menteri Dalam Negeri II Jonathan Yasin berkata kementerian juga mempunyai perancangan antaranya untuk membina pos kawalan di Manalunan dan Kalabakan serta pembinaan operasi hadapan di Pulau Siamil, Semporna.

    “Ini sebagai tambahan untuk menjaga keselamatan negeri khususnya mencegah pendatang tanpa izin daripada memasuki Sabah serta meningkatkan keyakinan pelabur untuk kekal di kawasan pantai timur (Sabah) supaya mereka boleh berniaga dengan selamat,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

    Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mengenai langkah komprehensif diambil kerajaan bagi mengelak pencerobohan sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat dan pelabur terutama di pantai timur Sabah. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda