Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cadangan reformasi zon Eropah

    SOFIA, 29 April – Jerman dan Perancis kelmarin berikrar untuk menyampaikan cadangan gabungan untuk membentuk semula zon Eropah tepat pada masanya bagi persidangan pemimpin-pemimpin pada Jun, walaupun mempunyai perbezaan pendapat terhadap masa depan blok.

    “Kami percaya bahawa kami perlu mendapatkan kata sepakat antara Perancis dan Jerman untuk majlis nanti pada Jun depan,” menurut Menteri Kewangan Perancis, Bruno Le Maire (gambar) dalam satu sidang media gabungan bersama rakan sejawatan dari Jerman, Olaf Scholz.

    “Ia sangat penting apabila Perancis dan Jerman bersetuju dengan persoalan itu,” kata Scholz apabila dia mengesahkan rancangan gabungan untuk pembentukan semula meskipun perbincangan meluas mengenai pembahagian kuasa-kuasa besar Kesatuan Eropah (EU).

    “Le Maire akan berjumpa dengan saya di Berlin dan ini akan menjadi mesyuarat kerjasama yang kukuh,” menurut mantan datuk bandar Hamburg selepas berucap di bandar Bulgaria.

    Tambahnya: “Jika anda melihat jadual, anda akan melihat mesyuarat itu sangat diperlukan untuk memastikan ia berjaya pada akhirnya.”

    Di bawah Presiden Perancis, Emmanuel Macron, pemimpin-pemimpin EU telah berikrar untuk menyampaikan pembentukan semula semasa persidangan pada Jun bahawa Perancis berkata ia sangat diperlukan untuk memulakan semula selepas berdepan dengan Brexit.

    Rancangan Perancis-Jerman mengenai perjanjian baharu berlaku walaupun berdepan tentangan oleh Jerman untuk mematuhi rancangan Macron di tengah-tengah tentangan oleh Canselor Jerman, Angela Merkel.

    Cita-cita besar Macron untuk mata wang tunggal blok yang semakin melemah dengan rancangan untuk mencipta menteri kewangan zon Eropah atau peminjaman gabungan oleh anggota negara menurun.

    Sebaliknya, para pegawai memfokuskan mengenai kesatuan perbankan blok dengan harapan untuk melancarkan skim insurans-deposit seluruh Eropah akan dilaksanakan.

    Para perunding cuba untuk merancang untuk dana EU termasuk bantuan untuk membantu negara-negara mengadaptasi pembentukan semula ekonomi.

    “Kita sudah kesuntukan masa,” menurut Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Valdis Dombrovskis kelmarin, menyeru untuk kesepakatan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda