BEIRUT, 27 Dis – Pemberontak dan kumpulan pembangkang Syria semalam menolak cadangan perundingan yang diusulkan oleh Rusia, menuduh Moscow gagal memberi tekanan kepada sekutunya, Presiden Bashar Assad, untuk menamatkan konflik.
Dalam satu siri kenyataan, 40 kumpulan pemberontak, termasuk beberapa kumpulan pembangkang Syria yang paling menonjol, serta politik, mengatakan bahawa perbincangan itu yang dijangka diadakan pada bulan depan adalah sebagai percubaan untuk ‘memintas’ proses yang diketuai oleh PBB, yang telah mencatat hampir tidak ada kemajuan sejak bermula pada tahun 2014.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)