Saturday, April 19, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cadangan vaksin RSV, meningitis diserahkan kepada bekas pendakwa

    ATLANTA, 17 APRIL – Panel perubatan persekutuan kelmarin, telah mencadangkan pengembangan vaksin RSV untuk orang dewasa dan ini merupakan sebuah kombinasi baru sebagai pilihan lain untuk melindungi remaja daripada penyakit meningitis.

    Panel yang terdiri daripada 15 ahli itu pada biasanya akan memberikan cadangan kepada pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mengenai cara penggunaan vaksin tersebut.

    Namun, buat masa ini pihak agensi tersebut tidak mempunyai kedudukan pengarah tetap, oleh sebab itu mereka mengarahakan bekas pendakwa raya yang kini berada di CDC akan membuat untuk membuat keputusan.

    Menurut jurucakap Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia, Andrew Nixon, keputusan itu akan diserahkan kepada Ketua Staf CDC, Matthew Buzzelli, Buzzelli yang merupakan bukan seorang doktor. Biodata CDC beliau memeperlihatkan pengalamannya sebagai seorang peguam, termasuk sebagai pendakwa raya persekutuan.

    Cadangan panel saintifik kelmarin merupakan seorang individu yang berumur 50 hingga 59 tahun yang berisiko, termasuk penyakit jantung, diabetes dan juga penyakit paru-paru obstruktif kronik dan beliau sepatutnya diberikan vaksinasi terhadap virus syncytial pernafasan (RSV).

    Sokongan untuk suntikan kombinasi baru yang dihasilkan oleh GSK yang melindungi terhadap lima peringkat bakteria meningokokus, termasuk satu penyakit yang telah menyebabkan wabak di sebuah universiti sekitar 10 tahun yang lalu. Vaksinasi ini juga akan disertakan dengan produk lain yang akan memberi perlindungan daripada bakteria tersebut.

    Namun, sebagai langkah berjaga-jaga bagi individu yang sudah berumur 65 tahun ke atas dan ingin menggunakan vaksin chikungunya, jumlah dos akan direndahkan bagi menghindari sebarang kemungkinan atau risiko dan lebih mengutamakan kepada memberi manfaat kepada pesakit.

    Langkah berjaga-jaga ini ditambah selepas panel mendapati tentang siasatan terhadap enam laporan individu yang berumur 65 tahun ke atas, kebanyakannya menghadapi masalah kesihatan, seperti simptom sakit jantung atau otak, selepas menjalankan vaksinasi kurang dari seminggu. Siasatan ke atas isu ini masih lagi diteruskan. – AP

    Gambar ini menunjukkan virion virus syncytial pernafasan manusia (RSV), yang disediakan oleh Institut Kesihatan Nasional, pada 17 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda