Saturday, February 8, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    CAF padam nama Mahrez

    JOHANNESBURG, 2 Nov – Pemain Terbaik Afrika, Riyad Mahrez dari Algeria gagal tersenarai dalam senarai 30 pemain yang diumumkan semalam bagi anugerah itu tahun ini.

    Pemain sayap itu menjadi kunci utama dalam kejayaan Leicester City mengejutkan dunia bola sepak dengan memenangi gelaran Liga Perdana 2015/16.

    Tetapi prestasinya merosot mendadak dan dia diketepikan oleh Algeria, yang juga mengalami kemerosotan secara dramatik sejak mara ke pusingan kedua Piala Dunia 2014 di Brazil.

    Lima bintang Liga Perdana diharap untuk menggantikan Mahrez ketika Pemain Terbaik Afrika diumumkan di Ghana pada 4 Januari 2018.

    Dua penyerang Liverpool, Mohamed Salah dari Mesir dan Sadio Mane dari Senegal merupakan antara calon pilihan menerajui anugerah individu CAF itu.

    Pertahanan tengah Manchester United, Eric Bailly dari Ivory Coast; Christian Atsi dari Ghana dan Newcastle United; pemain sayap Chelsea dan Nigeria Victor Moses antara pilihan lain.

    Terdapat empat calon dari La Liga dan Ligue 1, dua dari Bundesliga dan tiada dari Serie A.

    Penyerang prolifik Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang, Pemain Terbaik Afrika 2015 dan pemenang kedua tahun lepas, juga menjadi antara pesaing kuat bagi anugerah itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda