Cagliari lantik Di Francesco sebagai pengurus

ROM, 4 OGOS – Cagliari telah melantik Eusebio di Frencesco sebagai pengurus mereka yang baharu, kelab Serie A mengumumkan kelmarin.

Dalam kenyataan, Cagliari berkata bahawa Di Francesco telah menandatangani perjanjian selama dua tahun.

Bekas pengurus Sassuolo dan Roma itu telah dipecat pada Oktober lalu oleh Sampdoria, menggantikan Walter Zenga.

Pada Isnin lalu, Cagliari telah mengumumkan bahawa mereka telah ‘melucutkan jawatan Marcello Carli dari tugasnya sebagai pengarah sukan.’

Di Francesco, 50, mula menarik perhatian semasa menjadi ketua jurulatih bersama Sassuolo selama lima tahun, membawa kelab ke Serie A buat kali pertama pada tahun 2013 dan layak ke Liga Europa pada tahun 2017.

Dia merupakan bekas pemain tengah yang pernah mewakili Itali sebanyak 14 kali dan sebahagian dari pasukan Roma yang memenangi Serie A pada tahun 2001.

Dia kembali ke Roma sebagai jurulatih pada tahun 2017 dan menerajui kelab untuk menamatkan di tempat ke-3 dan mara ke pusingan separuh akhir Liga Juara-Juara dalam musim pertamanya.

Di Francesco kemudiannya menyertai Sampdoria pada Jun lalu selepas digantikan oleh Claudio Ranieri di Roma tiga bulan sebelumnya selepas kelab tersebut berada di tangga paling bawah liga.

Ranieri selepas itu menggantikannya di Sampdoria dan membawa kelab yang berpangkalan di Genoa keluar dari zon bahaya. – AFP

Cagliari telah mengumumkan bahawa mereka telah melantik Eusebio di Francesco sebagai pengurus mereka yang baharu. – AP