Wednesday, April 2, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cahaya Islam dari mata turun ke hati

    Oleh Syahmi Hassan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Feb – Dari mata turun ke hati, itulah luahan ketulusan seorang wanita warga Filipina yang menentukan jalan hidupnya dengan memilih agama Islam sebagai pegangan barunya.

    Sheila Mae Vasquez Rusiana, 24, telah melafazkan ikrar pengislamannya, baru-baru ini, di kediaman Haji Othman bin Haji Mohd Noor di Kampung Mata-Mata, Gadong dengan memilih nama Islamnya Dayang Nurul Diyana binti Abdullah Rusiana.

    Hadir selaku tetamu kehormat di majlis pengislaman berkenaan ialah Ketua Kampung Mata-Mata, Haji Metali bin Haji Kamis.

    Dayang Nurul Diyana ketika ditemu bual, berkata, dia memilih agama Islam kerana hatinya terpaut setelah melihat bagaimana penduduk di negara ini yang beragama Islam menjalani kehidupan seharian yang dianggapnya sangat suci dan tenang.

    Dayang Nurul Diyana menerima cenderahati selepas melafazkan ikrar pengislaman baru-baru ini.
    Dayang Nurul Diyana menerima cenderahati selepas melafazkan ikrar pengislaman baru-baru ini.

    Sudah enam tahun dia tinggal di sini, jelasnya lagi, tiada sesiapa pun yang mempengaruhinya untuk memeluk agama suci ini, ia datangnya daripada pandangan dan nalurinya sendiri.

    Dia juga menjelaskan yang ahli keluarganya di Filipina tidak ada halangan mengenai penghijrahan agamanya itu, malah turut berasa gembira atas keputusan tersebut.

    Setakat ini, seramai 19 orang sudah pun memeluk agama Islam bagi bulan Januari 2017 di Daerah Brunei dan Muara.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda