Saturday, February 8, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Caicedo lengkap pembelian Liverpool

    LIVERPOOL, ENGLAND, 11 OGOS – Liverpool telah mencapai persetujuan dengan Brighton untuk menandatangani pemain tengah Ecuador, Moises Caicedo, kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp hari ini.

    Perjanjian itu bernilai 110 juta pound (AS$140 juta), yang akan menjadi bayaran rekod untuk perpindahan di Britain.

    “Perjanjian dengan kelab (Brighton) dipersetujui,” kata Klopp pada sidang akhbar menjelang perlawanan pembukaan Liga Perdana Liverpool di Chelsea pada Ahad.

    Caicedo yang berusia 21 tahun masih belum bersetuju dengan syarat peribadi atau menjalani pemeriksaan perubatan.

    Perpindahan Caicedo akan melengkapkan rombakan besar luar musim di bahagian tengah Liverpool, berikutan ketibaan Alexis Mac Allister – juga dari Brighton – dan Dominik Szoboszlai dari Leipzig. Lima pemain tengah, terutamanya Fabinho dan Jordan Henderson, telah meninggalkan Anfield pada musim panas ini.

    Ia merupakan pencapaian yang luar biasa dan pantas untuk Caicedo, yang hanya bermain satu musim penuh untuk Brighton selepas menyertai kelab Ecuador, Independiente del Valle pada 2021. Dia menghabiskan separuh pertama musim 2021-22 secara pinjaman di Beerschot, Belgium.

    Jika perpindahan itu berjaya, Brighton akan menerima kira-kira 150 juta pound daripada Liverpool pada musim panas ini untuk Mac Allister dan Caicedo, meneruskan dasar pembelian secara murah – menggunakan rangkaian pencungkil bakat pemain global – dan menjual dengan bayaran yang besar. – AP

    Moises Caicedo semasa menghadiri sidang media di Pusat Konvensyen Qatar di Doha pada 19 November 2022 sebelum perlawanan Piala Dunia 2022 di antara Qatar dan Ecuador. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda