Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Caj masuk dan keluar sempadan ditangguhkan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JULAI – Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Perintah Bayaran Keluar dan Masuk 2020 atau Exit and Entry Charges Order 2020 yang sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Ogos ini akan ditunda pelaksanaannya.

    Kementerian Kewangan dan Ekonomi dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, menyatakan perintah tersebut sebaliknya akan mula dikuatkuasakan pada Khamis, 1 Oktober 2020 nanti.

    Sehubungan penangguhan tarikh berkuat kuasa perintah itu, caj Tol Jambatan Rasau Kuala Belait adalah masih dikekalkan.

    Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Kementerian Kewangan dan Ekonomi di talian 2382361 atau 8323741 pada waktu pejabat atau melalui e-mel, info@customs.gov.bn.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda