Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Caj perkhidmatan runner atas persetujuan dua pihak

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Berikutan peningkatan penggunaan perkhidmatan runner serta bagi menjawab persoalan orang ramai terhadap isu bayaran yang dikenakan, pengaturan caj di antara runner dan pelanggan adalah atas dasar persetujuan kedua-dua belah pihak.

    Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof semasa menjawab persoalan terhadap keprihatinan orang ramai mengenai runner yang mengenakan yuran pengisytiharan sehingga mencecah $20 yang ditimbulkan semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-Afiah hari ini.

    Yang Berhormat Dato seterusnya menjelaskan, perkhidmatan runner pada masa ini sudah berdaftar yang mana pendaftaran tersebut adalah bagi mengawal pergerakan mereka selain itu pendaftaran pentadbiran juga telah dilaksanakan oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja dan Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi.

    Walaupun perkhidmatan runner telah mendaftar, jelas Yang Berhormat Dato, sektor runner ini bukan sektor yang dikawal selia seperti di bawah sektor kerajaan.

    Katanya lagi, “Setiap perundingan caj itu telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak iaitu runner dan pelanggan mereka, dalam erti kata lain commercial arrangements.

    Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi pada masa ini bersama dengan agensi lain seperti AITI, telah membuat semakan semula terhadap dasar untuk melihat sejauh mana pengawal seliaan sektor yang dipanggil Light Touch Regulation yang mana ini sedang dalam penelitian.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib semasa menjawab persoalan orang ramai terhadap isu bayaran yang dikenakan kepada perkhidmatan runner. -Gambar oleh Aziz Idris
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda