Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Calhanoglu wira AC Milan

    MILAN, 31 Dis – Hakan Calhanoglu membantu AC Milan yang berada di bawah tekanan mencuri mata ketika mengikat Fiorentina 1-1 di Tuscany, semalam.

    Perancang tengah Turki itu menyamakan kedudukan hanya tiga minit selepas Giovanni Simeone menanduk masuk gol pembukaan pada minit ke-71.

    Ia adalah kali pertama pada musim ini Milan bangkit daripada ketinggalan selepas terlebih dulu dibolosi.

    Namun, sekalipun menafikan percubaan separuh masa pertama Simeone dan Gil Dias, gawang Donnarumma akhirnya ditembusi menerusi tandukan penyerang Argentina itu.

    Milan mengikat semula aksi apabila Calhanoglu menyambut baik hantaran Suso untuk merembat masuk gol penyamaan.

    Hakan Calhanoglu bertepuk tangan selepas menjaringkan gol penyamaan semasa menentang Fiorentina semalam. – AP

    “Calhanoglu sememangnya dilahirkan dengan semangat juang tinggi dan keinginan yang tinggi,” kata pengendali Milan, Gennaro Gattuso.

    Fiorentina berada di kedudukan keenam sebelum turun menghadapi pertembungan terbabit. Milan kini yang menghuni kedudukan kesembilan Serie A, ketinggalan 23 mata di belakang peneraju Napoli yang mencatat kemenangan 1-0 di Crotone. Sementara itu, penjaga gol Gianluigi Donnarumma menyelamatkan beberapa percubaan dalam penampilan ke-100 buat Milan. Bagaimanapun, Donnarumma menafikan spekulasi bahawa dia cuba untuk meninggalkan AC Milan.

    Penjaga gol berusia 18 tahun kembali selepas pulih dari kecederaan.

    “Saya mempunyai kontrak empat tahun dan saya gembira di sini,” kata Donnarumma. “Saya berbangga selepas mencapai 100 penampilan dalam jersi Merah dan Hitam. Saya berterima kasih kepada semua: semua orang di Milanello, staf dan rakan sepasukan.”

    Donnarumma membangkitkan kemarahan penyokong Milan selepas terdapat laporan bahawa dia menolak kontrak dan memberi kenyataan dia dipaksa untuk menandatangani pembaharuan kontrak yang bernilai AS$7.1 juta setahun musim panas yang lalu.

    Donnarumma terlepas untuk beraksi dalam perlawanan peringkat suku akhir menentang Inter di mana abangnya Antonio membuat penampilan pertama untuk pasukan senior. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda