LOS ANGELES, 19 DIS – Negeri California di Barat Amerika Syarikat (AS) dijangka menghadapi hujan, angin dan kemungkinan ribut petir minggu ini, ketika ahli meteorologi memberi amaran mengenai banjir dan gangguan perjalanan. Sistem cuaca akan membawa hujan sederhana hingga lebat dan salji tebal hingga pertengahan minggu, menurut ramalan terbaru Perkhidmatan Cuaca Nasional AS (NWS) Sacramento.

