Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    California dilanda salji tebal

    RENO, 11 DIS – Ribut musim sejuk yang membawa angin kencang, hujan lebat dan salji setebal beberapa kaki di Sierra Nevada menyebabkan lebuh raya ditutup, pokok tumbang dan mencetuskan banjir dan amaran runtuhan salji dari pantai California Utara hingga ke Tasik Tahoe semalam.

    Kawasan Sierra sepanjang lebih 400 kilometer masih diletak di bawah amaran ribut musim sejuk sekurang-kurangnya sehingga awal esok dari utara Reno ke selatan Taman Negara Yosemite. Salji setebal empat kaki dijangka turun pada hujung minggu di Tasik Tahoe, dan enam kaki di kawasan lebih terpencil Sierra sehingga kawasan utara dan selatan.

    Sementara itu, jalan sepanjang 112 kilometer di timur Interstate 80 Amerika Syarikat (AS) ditutup ‘disebabkan jarak penglihatan sifar’ dari Colfax, California ke Nevada, kata pegawai pengangkutan.

    Sebahagian Lebuh Raya California 89 turut ditutup disebabkan salji lebat di antara bandar Tahoe dan selatan California.

    Perkhidmatan Perhutanan AS mengeluarkan amaran runtuhan salji di kawasan pedalaman Tasik Tahoe di mana ia berkata ‘salji setinggi beberapa kaki dan angin kencang akan mengakibatkan runtuhan salji. – AP

    Gambar dari kamera lalu lintas Caltrans menunjukkan keadaan salji di California SR-89 Snowman di Hutan Negara Shasta-Trinity, California pada 10 Disember 2022. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda