Tuesday, March 4, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    California perlu penjaga kesihatan ketika pendatang diusir pulang

    NEW YORK, 28 JAN – Rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk merombak imigresen boleh menjejaskan kemudahan penjagaan kesihatan ketika masalah keperluan penduduk yang semakin tua masih berlarutan, Los Angeles Times memetik pakar penjagaan kesihatan dan penyokong pendatang.

    Trump telah berjanji untuk melaksanakan usaha pengusiran terbesar dalam sejarah AS.

    Pada hari pertamanya di pejabat, dia menandatangani perintah eksekutif untuk menggantung kemasukan pelarian selama berbulan-bulan, memerlukan pencari suaka untuk tinggal di Mexico apabila kes mereka diadili dan membatalkan program kemanusiaan yang telah memberikan status undang-undang sementara dan kebenaran bekerja kepada lebih 1.5 juta orang.

    “Itu boleh membawa kesan kepada berpuluh juta warga Amerika yang lebih tua yang mungkin memerlukan penjagaan jangka panjang,” kata laporan itu.

    California menganggarkan bahawa menjelang 2030, satu perempat daripada penduduk negeri itu akan berumur sekurang-kurangnya 60 tahun.

    Di seluruh AS, permintaan untuk pembantu kesihatan di rumah, pembantu jururawat dan pembantu penjagaan diri dalam penjagaan jangka panjang telah diunjurkan meningkat antara 35 peratus dan 41 peratus dari 2022 hingga 2037, menurut Pusat Nasional untuk Analisis Tenaga Kerja Kesihatan. – Xinhua

    Califronia perlukan penjagaan kesihatan jangka panjang. – Gambar Pexels
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda