WASHINGTON, 31 DIS – California muncul negeri kedua di Amerika Syarikat (AS) yang mengesan varian baharu COVID-19, kata Gabenor Gavin Newsom semalam, lapor agensi Anadolu.
Gabenor memaklumkan perkara itu ketika perbincangan maya dengan pengarah Institut Alergi Negara dan Penyakit Berjangkit, Dr Anthony Fauci.
Newsom berkata pegawai mengenal pasti varian baharu – pertama kali dikesan di United Kingdom – di selatan California.
Sebelum ini, Gabenor Colorado Jared Polis mengumumkan pegawai kesihatan negeri mengesan kes pertama membabitkan varian baharu itu. – Bernama