LOS ANGELES, 17 APRIL – California menyaman kerajaan persekutuan berhubung tarif Donald Trump, kata gabenor dan peguam negara hari ini, dengan menyatakan presiden Amerika Syarikat (AS) tidak berhak untuk mengenakan tarif tersebut.
Langkah itu menandakan bantahan paling besar terhadap pelancaran tarif yang telah menyebabkan pasaran saham global mengalami krisis, dan meninggalkan perniagaan di seluruh AS dibelenggu ketidakpastian.
“Ia merupakan matlamat yang paling teruk dalam sejarah negara ini,” kata Gabenor California, Gavin Newsom. “Salah satu perkara paling buruk yang kami alami dalam sejarah Amerika moden,” tambahnya.
Dengan 40 juta orang dan ekonomi yang menyumbang 14 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS, California dijangka menerima kesan teruk yang dijangkakan oleh peramal ekonomi akibat dasar tarif baru-baru ini.
Pejabat Newsom berkata California yang akan menjadi ekonomi kelima terbesar dunia jika ia sebuah negara merdeka boleh kehilangan pendapatan bernilai berbilion dolar jika dasar tarif Trump menyusut perdagangan antarabangsa.
Trump telah lama menganggap tarif sebagai alat untuk mencapai matlamat bagi mengimbangi semula hubungan perdagangan Amerika, dan berjanji pada kempen tersebut bahawa dia akan mengenakan cukai tambahan kepada import.
Tarif awal yang dikenakan terhadap Mexico dan Kanada telah dilaksanakan selaras dengan ‘Hari Pembebasan’ yang diisytiharkan sendiri, menyaksikan cukai tinggi dikenakan ke atas beberapa buah negara, termasuk sekutu dan rakan kongsi. – AFP
