California saman Uber, Lyft

SAN FRANCISCO, 6 OGOS – California telah memfailkan tuntutan mahkamah ke atas Uber dan Lyft kerana didakwa mencuri gaji dengan mengkategorikan para pemandu mereka sebagai kontraktor bebas berbanding pekerja, kata Pejabat Suruhanjaya Buruh kelmarin.

Mengkategorikan pemandu sebagai kontraktor bebas ‘telah menghalang para pekerja tersebut daripada membuat perlindungan perundangan yang melanggar undang-undang buruh California,” menurut pejabat tersebut dalam satu kenyataan.

Di bawah undang-undang yang berkuat kuasa 1 Januari, para pekerja dianggap pekerja kecuali mereka bebas dari kawalan syarikat dan melakukan kerja di luar garis biasa perniagaan. – AFP