Kumpulan Caliph Buskers membuat keputusan membatalkan persembahan bersama satu syarikat ternama, bagi menghormati pemergian cahaya mata sulung vokalis mereka, Azmi Saat. Pemain drumnya, Fendy Adlun dihubungi berkata, Caliph Buskers sepatutnya terbabit dalam rakaman persembahan virtual untuk sebuah syarikat terkemuka, hari ini. “Namun dengan dugaan duka menimpa Azmi pada hari ini juga, kami akhirnya buat keputusan