Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Callebaut lancar perisa coklat baharu

    Pengeluar coklat dari Switzerland, Barry Callebaut baru-baru ini telah mendedahkan formulasi baharu yang akan membungkus bahagian-bahagian koko di mana sebelum ini sering dibuang dengan tujuan untuk menarik generasi muda untuk tidak takut memakannya.

    Kebanyakan pelanggan moden akan mencari coklat yang mengandungi bijirin penuh, kurang gula, lebih banyak nutrien dan kurang bahaya kepada alam sekitar, justeru, menyebabkan pembuat coklat terbesar di dunia sedang bereksperimen dengan trend dengan mengeluarkan resipi menggunakan 100 peratus buah koko, bukan hanya kekacang.

    “Sejak kebelakangan ini, pengguna bersungguh-sungguh untuk menjalani kehidupan yang bahagia, sihat dan simbiosis dengan dunia di sekeliling mereka,” kata kumpulan Callebaut dalam satu kenyataan sekali gus memperkenalkan Cacaofruti Experiences yang baharu.

    “Mereka mahu menikmati makanan dan minuman yang lazat namun berkhasiat,” tambahnya.

    Kebanyakan produk menggunakan coklat sudah mula diperkaya dengan bahan nutrien yang baik walaupun dalam masa yang sama mereka tidak mahu membazir mana-mana bahan koko untuk membuat coklat, sebelum ini diperkaya dengan bahan-bahan kekacang. Lazimnya, hanya 70 peratus bahan koko dianggap sisa semasa membuat coklat, menurut Callebaut.

    Pembuat coklat terbesar di dunia sedang bereksperimen dengan trend dengan mengeluarkan resipi menggunakan 100 peratus buah koko, bukan hanya kekacang. – AFP
    Kebanyakan pelanggan masa kini akan mencari coklat yang mengandungi bijirin penuh, kurang gula, lebih banyak nutrien dan kurang bahaya kepada alam sekitar. – AFP

    Menggunakan kesemua bahan koko

    Cacaofruit Experiences menjanjikan kenikmatan keseluruhan buah, dari kekacang kepada kulit, pulpa dan jus. “Ia akan menghasilkan produk yang berkualiti tinggi di mana ia boleh digunakan sebagai bahan untuk jus, smoothie, pencuci mulut, roti, pastri dan banyak lagi,” kata Callebaut. “Dalam masa yang sama, ia juga baik untuk bumi,” jelasnya.

    “WholeFruit Chocolate akan didatangkan dalam dua jenis, satu terdiri daripada 100 peratus koko dan satu dalam gabungan dalam susu,” tambahnya.

    Ketua Pegawai Eksekutif Callebaut, Antoine De Saint-Affrique berkata bahawa syarikat itu sedang menantikan lebih banyak tawaran atau pelaburan berdasarkan kepada resipi terbaharunya itu. SnackFutures yang disokong oleh Mondelez Antarabangsa akan menjadi yang pertama dalam memperkenalkan keluaran coklat baharu itu nanti sekali gus memperkenalkannya dalam bentuk smoothie di kedai-kedai Los Angeles, menurut Callebaut.

    Coklat WholeFruit yang diperbuat daripada 100 peratus koko dijangka akan dijual dan digunakan oleh cef, artis seni pada awal tahun depan. Coklat berdepan cabaran dalam pasaran maju di mana ia menghadapi persaingan daripada makanan yang dianggap lebih sihat. Sementara itu, kos koko memberi tekanan kepada keuntungan.

    Pada tahun lalu, Callebaut memperkenalkan coklat ‘Ruby’ baharu bersama dengan klien mereka, Nestle melancarkan KitKat di Jepun dan Korea Selatan, disaluti coklat merah jambu. Warna merah jambu itu diperoleh secara semula jadi dari koko ruby, jelas, Akiko Hara, seorang pengurus untuk Barry Callebaut di Jepun.

    Sementara itu, Nestle pada bulan Julai lalu mengumumkan penciptaan coklat yang dibuat sepenuhnya daripada kekacang koko dan pulpa, tidak ada penambahan gula. Callebaut merupakan pembekal coklat kepada Nestle, Hershey, Unilever dan Mondelez di seluruh dunia. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda