Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Calon pendakwa raya EU dituduh rasuah

    BUCHAREST, 29 Mac – Majistret Romania Laura Codruta Kovesi, calon pilihan untuk menjadi pendakwa raya tertinggi pertama EU, telah didakwa menerima rasuah, beritahu sumber kehakiman kepada AFP.

    Dianggap simbol usaha membanteras rasuah tetapi menghadapi tentangan daripada kerajaan Romania, Kovesi menerima berita itu ketika pertemuan selama enam jam semalam di depan panel khas yang ditugaskan untuk menyiasat majistret.

    Dakwaan tersebut mungkin menjejas hubungan di antara pemimpin Eropah dan Bucharest, salah sebuah negeri paling korup dalam EU.

    Selepas pertemuan, Kovesi memberitahu wartawan bahawa pendakwa raya telah dilarang daripada membincang isu khusus kes berkenaan.

    Namun beliau berkata tentang dakwaan itu, “Ia adalah satu langkah bertujuan menutup mulut saya, untuk mengganggu kami semua dalam sistem kehakiman yang menjalankan tugas kami.

    “Mungkin sesetengah orang berasa menderita jika saya mendapat pekerjaan ini (ketua pendakwa EU) sehingga saya tidak dibenarkan bercakap kepada media lagi.”

    Beliau disoal dalam dua kes berlainan. Dalam satu kes, beliau dituduh menyalahguna jawatan, rasuah dan memberikan keterangan palsu, dakwaan yang ditolaknya.

    Pejabat pendakwa raya masih belum berkata kes yang mana satu yang telah didakwa, tetapi dijangka mengeluarkan satu kenyataan pada hari ini.

    Satu sumber memberitahu AFP bahawa ketika siasatan, Kovesi akan dilarang daripada menjalankan tugasnya dan perlu melapor kepada polis di Bucharest. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda