Calon PhD dari UBD terima geran penyelidikan Terman

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Seorang calon PhD daripada program geosains, Universiti Brunei Darussalam (UBD), Dayang Siti Lieyana binti Mohd Azffri telah dianugerahkan Maurice ‘Ric’ Terman Research Grant Award yang dibiayai oleh Persatuan Geologi Amerika (GSA).

Menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan, di bawah bantuan Dana Terman GSA itu mempromosikan dan menyokong projek Penyelidikan Geosains dan Alam Sekitar Asia Timur (EAGER) yang menyokong penyelidikan geosains dan alam sekitar di negara anggota Jawatankuasa Penye-laras Program Geosains di Asia Timur dan Tenggara (CCOP), termasuk Brunei Darussalam, Kemboja, Laos PDR, Myanmar, Papua New Guinea, Singapura dan Timor-Leste.

Penerima anugerah akan menerima bantuan penyelidikan selama setahun yang berjumlah sehingga AS$5,000 untuk calon PhD dan sehingga AS$2,500 untuk calon sarjana.

Sekretariat Teknikal CCOP mengumumkan secara rasmi penerima anugerah pada bulan November.

Manakala itu, majlis anu-gerah telah diadakan pada 24 November lalu semasa mesyuarat dalam talian bersama negara anggota CCOP untuk Sesi Tahunan CCOP ke-57.

Majlis penganugerahan itu dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Geosains Kebangsaan, Pemangku Timbalan Ketua Pengarah JKR dan Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke CCOP, Ir Awang Norazmi bin Haji Othman, Dayang Siti Lieyana dan penyelia penyelidikannya, Dr Stefan Herwig Gödeke, turut menyertai majlis itu, di mana beliau membentangkan cada-ngan penyelidikannya bertajuk ‘Penyiasatan kualiti air tanah dan permukaan untuk tujuan pengairan di Negara Brunei Darussalam’.

Penyelidikan itu bertujuan untuk memberikan gambaran umum tentang geokimia air tanah dan permukaan serta kesesuaiannya untuk kegunaan pengairan.

Menurut Dayang Siti Lieyana, penyelidikan berkenaan akan menyumbang kepada agenda pengairan negara dan usaha kerajaan Brunei untuk mencapai matlamat pengeluaran pertanian yang mampan.

Kajian itu juga sejajar dengan Wawasan Brunei 2035, di mana ia menarik perhatian
kepada kemudahan awam berkenaan air yang mencukupi dan berkualiti.

Dayang Siti Lieyana turut membentangkan cadangan penyelidikannya semasa majlis penganugerahan geran berkenaan. – Gambar serahan JKR