BANGKOK, 1 MEI – Calon pembangkang yang bakal bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) Thailand tidak lama lagi telah melahirkan seorang anak damit lelaki, menurut partinya hari ini.
Thailand memasuki peringkat terakhir sebelum pilihan raya 14 Mei dengan kumpulan reformis, termasuk Pheu Thai dan Move Forward, melonjak mendahului parti penubuhan.
Paetongtarn Shinawatra, anak perempuan kepada jutawan bekas pemimpin Thaksin Shinawatra, adalah salah seorang calon perdana menteri Pheu Thai.
Sebelumnya, sentiasa muncul dalam jejak kempen, tetapi sejak minggu lalu dia telah berkempen secara maya, menerusi pautan video pada satu acara pada Sabtu di wilayah Si Sa Ket, timur Thailand.
“Beliau bersalin pagi ini,” kata Rinthipond Varinvatchararoj, pemangku jurucakap Pheu Thai, kepada AFP.
Tidak jelas berapa lama Paetongtarn akan bercuti, katanya, tetapi Rinthipond yakin dia akan hadir pada perhimpunan terakhir Pheu Thai di Bangkok pada 12 Mei.
Dalam laman Instagram rasminya, Paetongtarn mengatakan anak damit lelaki itu akan diberi nama Prutthasin Sooksawas dan digelar Thasin. – AFP