Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Calon presiden Indonesia 2024 adakan sesi debat terakhir

    JAKARTA, 5 FEB – Dalam sesi debat terakhir anjuran Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) kelmarin, tiga pesaing untuk pilihan raya presiden Indonesia walaupun berbahas dalam nada serius, mereka berjaya mengelakkan serangan peribadi atau sindiran.

    Mereka melayari topik penting merangkumi sosial, budaya, pendidikan, teknologi maklumat, kesihatan, pekerjaan, sumber manusia dan keterangkuman.

    Menteri Pertahanan, Prabowo, menekankan komitmennya terhadap program pembangunan sedia ada yang berterusan serta menekankan beberapa langkah seperti program makan tengah hari dan susu percuma di sekolah.

    Strategi transformasi yang dinyatakan merangkumi pelbagai aspek, daripada meningkatkan penjagaan kesihatan, pendidikan sains teknologi, pertumbuhan ekonomi dan menangani kemiskinan serta rasuah.

    “Pelan itu merupakan usaha menyeluruh demi meningkatkan kesejahteraan rakyat dan membina kemajuan ekonomi yang dimulakan oleh pemimpin terdahulu untuk merubah Indonesia menjelang tahun 2045,” kata Prabowo.

    Anies (kiri), Prabowo (tiga kiri), Ganjar (dua kanan), di atas pentas semasa debat pilihan raya presiden terakhir di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC) di Jakarta pada 4 Februari. – AFP

    Ganjar, bekas Gabenor Jawa Tengah, pula bertekad melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem sedia ada melalui program tambahan yang selaras dengan visi dan misi beliau seperti merancakkan digitalisasi dan memperhalusi undang-undang mewujudkan pekerjaan.

    Antara agenda yang ditekankan termasuk mengutamakan kesihatan dan aspek pencegahan, pendidikan inklusif, serta memperjuangkan demokrasi yang baik dan kepimpinan yang boleh dipercayai.

    Calon ketiga bekas Gabenor Jakarta, Anies, pula secara konsisten menekankan pentingnya perubahan dalam program dan dasar sedia ada, berbeza dengan pendirian dua calon sebelumnya.

    Anies berazam meremajakan prinsip asas dan membentuk semula negaranya, dengan menyelesaikan isu pengangguran, keselamatan sosial, pendidikan di kawasan terpencil, kesihatan, ketidaksamaan yang meluas dan ketidakadilan.

    Sejumlah 240 juta orang pengundi akan menunaikan tanggungjawab dalam menentukan kepimpinan negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu pada 14 Februari. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...