PARIS, 7 Feb – Calon presiden sayap kanan Perancis Francois Fillon semalam memohon maaf kerana menggunakan khidmat isterinya sebagai penolong parlimennya, dengan mengakui dia telah membuat ‘kesilapan’ ketika dia berusaha membataskan skandal yang menjejaskan.
Usaha Fillon dalam kacau bilau sejak diketahui bahawa isterinya kelahiran Britain telah dibayar dengan jumlah yang banyak bagi pekerjaan yang disyaki direka-reka sebagai penolong parlimen.
Lewat semalam, calon itu sendiri membetulkan versi yang pertama dibocorkan dalam media dengan mendedahkan bahawa pembayaran selepas cukai kepada isterinya berjumlah lebih 680,000 euro dalam tempoh 15 tahun setengah bermula tahun 1986.
Fillon juga menggunakan dana yang disediakan untuk para ahli undangan untuk menggaji dua dari anak-anaknya, dengan membayar mereka 84,000 euro sebelum cukai antara tahun 2005 dan 2007.
“Itu adalah satu kesilapan, saya amat mengesalinya dan saya memohon maaf kepada rakyat Perancis,” FIllon memberitahu sidang media sementara menekankan dia tidak melakukan yang menyalahi undang-undang dan perolehan isterinya, Penelope adalah patut.
Bekas perdana menteri itu yang berusia 62 tahun berkata dia telah menggunakan khidmat anggota keluarga seperti yang dibenarkan di Perancis atas dasar percaya, tetapi kini mengakui bahawa dasar-dasar seumpama itu ‘mengundang rasa tidak percaya pada hari ini.”
Dengan menolak desakan dari beberapa pihak dalam kumpulannya supaya dia mengundur diri, dia mengumumkan “Bermula malam ini, saya mengumumkan kempen baru bermula.”
“Saya adalah calon bagi jawatan presiden, untuk memenanginya.” Tambahnya lagi. – AFP