Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Calvert-Lewin terajui kemenangan ke-2 Ancelotti

    LONDON, 29 DIS – Everton kembali bangkit di bawah pengurusan Carlo Ancelotti setelah Dominic Calvert-Lewin menjaringkan dua gol kemenangan ke atas Newcastle United dengan kesudahan 2-1.

    Pengendalian Ancelotti di Goodison Park bermula semasa kemenangan perlawanan Boxing Day bersama Burnley hasil dari jaringan Calvert-Lewin pemain kebangsaan bawah 21 England yang juga menjadi wira Toffee sekali lagi di Tyneside.

    “Dia seorang pengurus hebat yang pernah bekerja dengan beberapa orang pemain terbaik dan bagi pemain muda seperti saya, ia merupakan satu peluang yang baik untuk mendapatkan pengalaman untuk menjadi seorang pemain yang hebat. Saya hanya perlu jadi seperti span dan menyerap semuanya,” kata Calvert-Lewin semasa bekerja di bawah Ancelotti.

    Pemain berusia 22 tahun tersebut memberikan ganjaran awal daripada pelawat dan setelah bola hasi daripada tendangan percuma melantun di dalam petak D Newcastle dapat disudahkan dengan baik oleh Calvert-Lewin.

    The Magpies bertindak balas dengan baik daripada ketinggalan di belakang, Newcastle memberikan gol persamaan setelah beberapa minit separuh masa kedua bermula hasil jaringan Fabian Schar.

    Walau bagaimanapun, Newcastle menjaringkan gol kedua hasil daripada tendangan Richarlison kepada Calvert-Lewin menjaringkan golnya yang ke-10 bagi musim ini.

    Kemenangan ini membawa Everton berada di atas Newcastle dalam Liga Perdana Inggeris.

    “Kami kembali ke tempat yang kami mahu selepas permulaan musim ini kami berada di bawah,” tambah Calvert-Lewin.

    “Ia tidak cukup baik dan ia sangat penting buat kami untuk beralih naik.” –AFP

    Dominic Calvert-Lewin ketika meraikan gol kedua semasa menentang Newcastle di Stadium St James Park, Newcastle, England pada 28 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda