Friday, April 25, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Camavinga bakal terlepas aksi final

    MADRID, 24 APRIL – Pemain tengah Real Madrid, Eduardo Camavinga dijangka terlepas baki saingan musim ini selepas disahkan mengalami kecederaan groin hari ini.

    Pemain antarabangsa Perancis itu mengalami kecederaan semasa membantu Real Madrid mencatat kemenangan 1-0 ke atas Getafe dalam aksi La Liga semalam.

    “Hasil ujian perubatan yang dijalankan hari ini terhadap pemain kami, Eduardo Camavinga oleh pasukan perubatan Real Madrid, dia di-sahkan mengalami koyakan sepenuhnya pada tendon aduktor kiri,” menurut kenyataan kelab tersebut.

    Media Sepanyol melaporkan bahawa Camavinga bakal terlepas aksi final Copa del Rey menentang seteru utama, Barcelona pada Sabtu ini, selain lima baki perlawanan liga ketika Real Madrid cuba mengejar pendahulu liga itu.

    Camavinga juga mungkin tidak dapat menyertai Piala Dunia Kelab musim panas ini di Amerika Syarikat, dengan beberapa laporan menyebut dia bakal diketepikan selama tiga bulan.

    Pemain berusia 22 tahun itu bergelut dengan prestasi musim ini selepas memainkan peranan penting dalam kejayaan Madrid menjulang kejuaraan berganda La Liga dan Liga Juara-juara musim lalu. – AFP

    Camavinga dijangka terlepas baki perlawanan musim ini setelah disahkan mengalami kecederaan groin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda