Aktres terkenal antarabangsa Cameron Diaz mengakui kehidupannya lebih tenang selepas bersara daripada industri perfileman. Cameron, 47, yang sudah bersara sejak tahun 2014 berkongsi kisah tersebut dalam sebuah video bersama pelakon Gwyneth Paltrow untuk rancangan In Goop Health: The Sessions. “Rasa tenang. Seperti ada satu ketenangan dalam jiwa saya kerana akhirnya saya dapat menjaga diri saya.