Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Cameron kembali berlakon kerana Jamie

    Peminat Cameron Diaz pasti tersenyum gembira sebaik mendapat tahu bahawa aktres berusia 50 tahun ini telah membuat pusingan U untuk kembali semula ke layar perak, selepas lapan tahun menyepi susulan pengumumannya mengundurkan diri daripada industri filem, kira-kira empat tahun lalu.

    Namun, bintang Charlie’s Angels ini memberitahu, bekerja di dalam industri filem sudah tidak sama seperti dahulu.

    Diaz bakal muncul dalam sebuah filem Netflix, Back in Action bersama Jamie Foxx dan mengakui bahawa dia berasa cukup gementar untuk kembali ke lokasi penggambaran semula.

    Dalam wawancara bersama Jimmy Fallon dalam program bual bicara The Tonight Show, Diaz berkata, “Saya dah melakukan perkara (berlakon) ini terlalu lama, dan kemudian kembali melakukannya semula. Ia memerlukan otot memori saya untuk bergerak semula. Namun, ia tak sama seperti dulu.”

    Pada masa sama, Diaz turut memberitahu tentang perasaannya apabila dapat bekerja dengan Jamie sekali lagi, selepas mereka digandingkan dalam Any Given Sunday (1999) serta remake Annie (2004).

    “Filem terakhir yang saya lakonkan bersama Jamie adalah Annie dan saya kembali berlakon semula, juga bersama Jamie.

    “Dia seorang yang hebat, sangat profesional, berbakat dan mudah bekerjasama. Dia cukup menyeronokkan. Hanya Jamie Foxx sahaja yang boleh membuatkan saya kembali berlakon semula,” katanya. – Agensi

    Cameron Diaz bakal muncul dalam sebuah filem Netflix, Back in Action bersama Jamie Foxx. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...