Friday, November 22, 2024
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam

    LONDON, 6 NOV – Permaisuri Britain, Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada, menurut Istana Buckingham kelmarin, lapor agensi Anadolu.

    Camilla, 77, “sedang gering akibat jangkitan di dada, dan doktor telah menasihatkan Baginda berehat untuk tempoh singkat,” kata jurucakap istana dalam satu kenyataan.

    “Dengan rasa kesal, Baginda terpaksa menarik diri daripada acara-acara minggu ini tetapi amat berharap dapat pulih tepat pada masanya untuk menghadiri acara Peringatan hujung minggu ini seperti biasa,” kata kenyataan itu.

    Tiada butiran lanjut mengenai penyakit atau rawatan Baginda didedahkan. – Bernama

    Permaisuri Camilla ketika menghadiri majlis di perkampungan Moata di ibu kota Samoa, Apia, pada 24 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda