Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Camilla positif COVID

    LONDON, 14 FEB – Raja Permaisuri Britain, Camilla disahkan positif COVID selepas mengalami simptom selesema, lapor agensi akhbar Jerman (dpa), memetik Istana Buckingham.

    Baginda membatalkan semua acara pada minggu ini – termasuk meraikan status Milton
    Keynes sebagai sebuah bandar raya.

    Raja permaisuri itu dikhabarkan dalam keadaan baik dan sedang beristirahat.

    Baginda sepatutnya melawat Elmhurst Ballet School di Edgbaston, Birmingham, pada Selasa bagi meraikan ulang tahun ke-100 dan menghadiri majlis di perpustakaan di Telford. – Bernama

    Raja Permaisuri Camilla semasa melawat Pusat keluarga STORM di London pada 9 Februari 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda