Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Camilla sakit, tarik diri daripada pengebumian diraja

    LONDON, 16 SEPT – Permaisuri Camilla menarik diri daripada upacara pengebumian Duchess of Kent akibat sakit radang sinusitis, demikian diumumkan oleh Istana Buckingham beberapa jam sebelum Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, tiba untuk lawatan negara.

    Permaisuri yang berusia 78 tahun, dijadualkan menemani Raja Charles III dalam siri acara diraja semasa lawatan negara oleh Trump esok dan Khamis.

    “Dengan penuh rasa kesal, telah menarik diri daripada menghadiri Misa Requiem petang ini untuk Duchess of Kent kerana beliau sedang pulih daripada sinusitis akut,” kata jurucakap Istana Buckingham.

    Camilla dilaporkan berharap dapat pulih dengan cepat agar dapat menghadiri semua acara lawatan negara Trump, menurut agensi berita PA.

    Beliau dijadualkan menyambut ketibaan keluarga Trump bersama raja di Windsor Castle esok, sekitar waktu tengah hari. – AFP

    Ratu Camilla semasa hadir ke perayaan ulang tahun ke-80 VJ Day di Alrewas, England pada 15 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda