Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Campur tangan UK ‘racuni’ hubungan China

    LONDON, 30 JULAI – ‘Campur tangan’ Britain di Hong Kong telah ‘meracuni’ hubungan dengan China, duta Beijing di London memberi amaran hari ini.

    Liu Xiaoming juga menuduh kuasa Barat dan media menyebarkan ‘dusta pada abad ini’ dalam laporan mereka mengenai layanan penduduk Uighur Muslim di China.

    “China tidak melakukan apa-apa untuk melemahkan kepercayaan bersama, kami melihat UK sebagai rakan, sebuah negara mesra, kami mahu mengembangkan era emas ini,” kata Liu dalam sidang media dalam talian.

    “Namun malangnya pihak UK telah melakukan perkara yang menjejaskan kepercayaan tersebut,” tambah beliau.

    “Tindakan Britain berhubung Hong Kong dan kritikan layanan China terhadap penduduk Uighur sebagai ‘penyalahgunaan hak asasi manusia’ telah ‘meracuni’ hubungan tersebut,” kata beliau.

    Kedua-dua negara telah bertelagah berhubung undang-undang keselamatan baharu yang kontroversi di Hong Kong, dengan Perdana Menteri Boris Johnson menawarkan visa kepada jutaan penduduk bandar itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda