Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Can jadi sasaran Juventus

    TURIN, Itali, 18 Jan – Ketua pengarah Juventus, Giuseppe Marotta mengesahkan semalam juara Serie A itu menyasarkan pemain tengah Liverpool dan pasukan kebangsaan Jerman, Emre Can.

    Kontrak pemain berusia 24 tahun itu bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu berakhir pada 30 Jun depan.

    “Emre Can seorang pemain yang mana kontraknya akan berakhir, jadi ia membenarkan kami untuk menghubunginya bagi mengadakan rundingan dan itulah yang akan kami lakukan,” kata Marotta kepada Sky Sport Italia.

    “Saya tidak boleh katakan sama ada dia akan menandatangani kontrak baru bersama Liverpool, tapi apa yang saya boleh katakan kami akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan pemain itu. Jelas kami perlu menghormati apa yang pemain mahukan.” – AFP

    Emre Can, 24 tahun disahkan menjadi pemain sasaran Juventus. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda