Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Candy Wonderland dilancar

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Bersempena Festival Disember Brunei 2023, Jerudong Park Country Club (JPCC) telah memperkenalkan taman bertemakan taman gula-gula Candy Wonderland yang ditaja bersama Setia Motor Sdn Bhd, hari ini.

    Pelancaran yang berlangsung di Taman Permainan Jerudong Park itu telah disempurnakan oleh Pengurus Besar JPCC, Hajah Siti Norzalena binti Pehin Orang Kaya Lela Raja Dato Seri Laila Jasa Haji Awang Abdul Rahman dan Pengurus Besar Hyundai Setia Motor Sdn Bhd James Chin.

    Candy Wonderland yang akan berlangsung sehingga 31 Disember ini antara lain bertujuan untuk memberikan kenangan istimewa kepada pengunjung ke taman berkenaan terutama sekali pengunjung kanak-kanak.

    Pengunjung bukan saja berpeluang melihat keceriaan suasana taman yang di hiasi dengan replika 3D gula-gula, kek cawan, gulali dan juga replika Gummybear, ia juga memberikan peluang kepada pengunjung untuk merakamkan gambar sebagai kenangan di samping mengambil bahagian dalam beberapa permainan karnival menyeronokkan.

    Selain itu, pengunjung juga boleh melihat dengan lebih dekat model kereta Hyundai terbaharu yang dipamerkan.

    James Chin dan Hajah Siti Norzalena melancarkan Candy Wonderland pada majlis yang berlangsung di Taman Permainan Jerudong Park kelmarin. – GAMBAR SERAHAN MUIZ MATDANI
    James Chin dan Hajah Siti Norzalena semasa mengunjungi petak permainan di Candy Wonderland. – GAMBAR SERAHAN MUIZ MATDANI
    Antara permainan yang terdapat di Candy Wonderland. – GAMBAR SERAHAN MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda