Saturday, February 22, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cannavaro: Selamat tinggal Tianjin

    SHANGHAI, 6 Nov – Fabio Cannavaro telah meletak jawatan sebagai jurulatih Tianjin Quanjian, umum kelab itu hari ini, hanya beberapa hari selepas menerajui kelab bagi slot Liga Juara-Juara AFC dan terdapatnya khabar angin bahawa dia akan kembali ke juara China tujuh kali, Guangzhou Evergrande.

    Pemenang Piala Dunia warga Itali itu, yang menerajui kelab itu bagi kenaikan ke Liga Super China (CSL) tahun lepas dan menamatkan musim kali ini di kedudukan ketiga, akan digantikan oleh bekas pemain antarabangsa Portugal, Paulo Sousa, menurut kenyataan kelab itu lagi.

    Satu kenyataan pendek oleh Tianjin berkata pemergian Cannavaro hadir selepas satu ‘perbincangan mesra’ dengan kelab, yang memuji jurulatih itu atas kejayaannya bersama kelab.

    Kedua-dua Tianjin atau Cannavaro tidak memberikan jawapan jelas mengenai destinasinya selepas ini, tetapi warga Itali berusia 44 tahun itu, dianggap antara pemain pertahanan terbaik dalam sejarah sukan, dikaitkan dengan kemungkinan perpindahan kembali ke Guangzhou Evergrande.

    Cannavaro pernah melatih Guangzhou sekejap pada tahun 2014-2015 dan tugas itu kini terbuka sekali lagi selepas jurulatih dari Brazil Luiz Felipe Scolari mengesahkan bahawa dia pergi selepas membantu kelab bagi gelaran CSL ketujuh berturut-turut.

    Para pemain Tianjin Quanjian melambung-lambungkan ketua jurulatih mereka, Fabio Cannavaro, meraikan kemenangan mereka ke atas Guangzhou Evergrande dalam aksi Liga Super China (CSL). Cannavaro telah meletak jawatan sebagai jurulatih Tianjin Quanjian, umum kelab. – AFP

    “Ia sungguh menyedihkan untuk meninggalkan Guangzhou, kumpulan ini, tetapi itulah kehidupan,” kata Scolari, 68, kepada wartawan, dengan menambah bahawa dia mungkin kembali dengan kelab China yang lain.

    “Kami semua gembira: Saya, Guangzhou, para pemain, dan saya harap tidak mengecewakan anda,” katanya dalam satu video yang dimuat naik ke media sosial China.

    Skuad Scolari ditewaskan dalam perlawanan terakhir musim ini oleh pasukan Tianjin kendalian Cannavaro.

    Kemenangan 2-1 Tianjin ke atas Guangzhou telah melonjakkan mereka ke tangga ketiga CSL, sekali gus melayakkan mereka untuk bersaing dalam playoff Liga Juara-Juara AFC musim depan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda