Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Canselor Jerman terketar-ketar lagi

    BERLIN, 27 JUN – Canselor Jerman Angela Merkel kelihatan terketar-ketar dan menggigil untuk kali kedua dalam 10 hari pada satu majlis di Berlin hari ini. Kejadian singkat itu berlaku tatkala Merkel berdiri di sebelah Presiden Frank-Walter Steinmeier pada acara awal pagi di mana menteri keadilan baharu Jerman dilantik secara formal.

    Merkel diberikan segelas air tetapi beliau menolaknya, dan nampak sihat apabila beliau tiba di parlimen setengah jam kemudian.

    Merkel dijangka berlepas ke Jepun pada lewat hari ini untuk sidang kemuncak tahunan kuasa global Kumpulan 20.

    Jurucakapnya, Steffen Seibert, memberitahu agensi berita dpa bahawa ‘segala-galanya diteruskan seperti yang dirancang.

    Canselor rasa sihat.” Pada Selasa minggu lalu, seluruh badan Merkel menggigil ketika beliau berdiri di luar dalam cuaca panas bersama presiden Ukraine.

    Merkel berkata beliau tidak apa-apa selepas meminum tiga gelas air, yang ‘diperlukan oleh beliau.’

    Cuaca panas di Jerman berterusan minggu ini, walaupun suhu di luar di Berlin merosot mendadak semalaman setelah mencecah kemuncak semalam. – AFP

    Merkel (kiri) mengucapkan tahniah kepada Menteri Keadilan baharu Jerman Christine Lambrecht selepas beliau dipilih di Bundestag (dewan rakyat parlimen) di Berlin kelmarin. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda