LAUSANNE, 27 OGOS – Legenda Manchester United dan Perancis, Eric Cantona bakal menerima Anugerah Presiden UEFA semasa undian Liga Juara-Juara di Monaco Khamis ini.
Cantona, 53, yang telah memenangi lima kejuaraan Inggeris bersama Manchester United pada tahun 1900an dan dua gelaran Perancis bersama Marseille, menyertai senarai nama pemenang sebelumnya termasuk Johann Cruyff, Alfredo Di Stefano dan Eusebio.
Bekas penyerang itu menjadi pemain ketiga Man United untuk menerima anugerah itu selepas Bobby Charlton dan David Beckham tahun lepas.
“Anugerah ini bukan sahaja mengiktiraf kerjayanya sebagai seorang pemain berkaliber tinggi, bahkan memberikan penghormatan kepadanya bagi keperibadiannya sendiri, seorang lelaki yang mempertahankan nilainya, menyuarakan pendapatnya dan meletakkan hati serta jiwanya dalam menyokong apa yang dipercayainya,” kata Presiden UEFA, Aleksander Ceferin. – AFP
