Wednesday, February 12, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Capai pendidikan berkualiti

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Nov – Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21 (SPN 21), Negara Brunei Darussalam memberikan penekanan kepada pendidikan berkualiti di mana ia merangkumi pelaburan dalam pendidikan awal kanak-kanak dan pembelajaran sepanjang hayat untuk menyediakan para pelajar dengan kemahiran yang diperlukan bagi menangani cabaran-cabaran abad ke-21.

    Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman ketika menyampaikan kenyataan negara semasa Debat Agung Dasar di Persidangan Agung UNESCO ke-39 yang berlangsung di Ibu Pejabat UNESCO, Paris, Perancis pada 3 November lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, di sini, hari ini, dalam usaha untuk mencapai pendidikan berkualiti, Yang Berhormat Pehin mengetengahkan Brunei Teacher Standard (BTS) sebagai usaha kementerian untuk mencapai sasaran negara menjelang 2035 untuk mempunyai sekurang-kurangnya 90 peratus guru-guru negara mencapai tahap minimum peringkat 3 di mana peringkat 5 merupakan peringkat yang tertinggi.

     

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    http://digital.mediapermata.com.bn

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda